Ciri-Ciri dan Kelebihan Orang KIDAL, Stigma dan Prejudis Masyarakat
Encik Billy tak pastilah sama ada
anda pernah mengalami situasi ini atau tidak; jika anda seorang yang
kidal, anda mungkin dipandang dengan pandangan yang jelik atau orang
berasa pelik dengan anda terutamanya orang-orang tua. Seolah-olah ada
satu stigma yang menyatakan; orang kidal adalah 'tidak baik' atau
'jahat' atau 'berkasta rendah'. Ya...inilah yang selalu dihadapi oleh
en. Billy, kerana en. Billy adalah seorang yang kidal.. :(
Antara persoalan yang pernah en.
Billy hadapi; "Eh, kamu ni kidal ke? Habis tu makan guna tangan apa?
Basuh berak tangan apa?" Soal seorang mak cik dengan pandangan sinis dan
jelek. Oh, kejam sungguh soalan itu!
Itu mungkin boleh tahan lagi.
Seorang kawan encik Billy pernah dipukul beberapa kali oleh bapanya
hanya kerana dia seorang kidal (menulis menggunakan tangan kiri) dan dia
dipaksa menulis menggunakan tangan kanan sehinggalah berjaya.
Seriously, mengapa sampai macam tu sekali stigma dan prejudis masyarakat terhadap orang kidal? Ada yang boleh jelaskan?
Penerimaan terhadap Kidal
Situasi di atas adalah situasi yang
encik Billy pernah hadapi kira-kira 10 tahun yang lalu. Walaupun
mungkin stigma seperti itu masih wujud pada hari ini, namun rata-ratanya
kini masyarakat sudah boleh menerima dan membuang stigma negatif
terhadap golongan kidal.
Kebanyakan
ibu bapa pada tahun 70-an dan 80-an yang keberatan anaknya kidal akan
memaksa anaknya yang kidal itu untuk menggunakan tangan kanan. Tetapi
sekarang diketahui bahawa orang kidal lebih unggul, seperti menjadi
juruterbang atau kemampuan berbicara dan mengemudi pada saat yang sama.
Tetapi sebaliknya ibu bapa moden di Amerika ketika ini didapati 90%
inginkan anaknya kidal kerana pelbagai kelebihannya.
Hari ini, golongan kidal dianggap
sebagai golongan yang cerdik dan terpelajar, bijak dalam sains dan
matematik, kreatif dalam kesenian dan berbagai-bagai lagi kelebihan.
'The Truth about Kidal'
Menulis
tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau
tidak, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya
untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan
tangan kanannya.
Kira-kira
8–15% daripada penduduk dewasa adalah kidal. Pelbagai kajian yang
dilakukan menunjukkan bahawa tangan kidal lebih umum ditemui di
kalangan lelaki daripada perempuan dan lebih banyak di kalangan
golongan heteroseksual dibandingkan dengan golongan homoseksual.
Dibandingkan
dengan masyarakat umum, tangan kidal sering berlaku di kalangan kembar
seiras dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi
(epilepsi, Sindrom Down, autisme, terencat mental,dll.) Dari segi
statistik, seseorang yang memiliki saudara kembar yang kidal mempunyai
76% kemungkinan untuk juga kidal.
Hubungan kidal dengan otak
Secara
amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini
adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah
kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak
sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.
Otak
sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan
pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan